Shotaro Hidari Kamen Rider Double (watak)

Shotaro Hidari (左 翔太郎, Hidari Shōtarō, lakonan Renn Kiriyama) ialah seorang detektif yang mendakwa dirinya bergaya (hard-boiled), walaupun sering dianggap "separuh masak" (half-boiled) oleh orang lain, yang berpakaian dengan gaya penyiasat 1940-an serta memakai topi buatan Windscale. Dia mempunyai intuisi yang kuat serta mampu meneka dalang di sebalik jenayah sebelum Philip mengesahkan identiti si dalang itu. Dengan ikrar mahu memastikan tiada siapa berasa sedih, Shotaro mengambil kerja tersebut sebagai anak murid kepada penyiasat persendirian terkenal Futo, Sokichi Narumi. Walau bagaimanapun, semasa peristiwa Begins Night (ビギンズナイト, Biginzu Naito), satu siasatan terhadap satu organisasi misteri membawa kepada pertemuan dengan Philip sebelum kematian Narumi, meninggalkan Shotaro untuk meneruskan perjuangannya. Setahun kemudian, dengan tidak mahu melihat gurunya mati sia-sia begitu sahaja, Shotaro bekerja memerangi gelombang jenayah Dopant dengan menjadi orang jalanan, menghubungi pelbagai pemberi maklumat yang dikenali sebagai Futo Irregulars dan seterusnya bertukar menjadi Kamen Rider Double dengan menjadikan tubuhnya sebagai asas penjelmaan. Shotaro mengambil peranan sebagai Kamen Rider Double dengan sangat serius serta dengan penuh kebanggaan memandangkan nama "Kamen Rider" itu diberi sendiri oleh warga kota. Oleh itu, dia cuba menjaga nama baik Kamen Rider Double. Nama keluarganya bermaksud "kiri" (左, hidari) dan Gaia Memorynya memberikan kedudukannya di sebelah kiri pada setiap formasi Double.[1][2][3]

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Double (watak) http://www.honda.co.jp/customer/tips/kamen-rider/w... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonemeta... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonetrig... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/double.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doubledraiv... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doublemask.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangjoker.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangmemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gaiamemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/hardboilder...